Harga diatas kepalanya ialah RM100 juta.Namun Menteri Luar, Datuk Anifah Aman tidak gundah dengan jumlah saman sebesar itu oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.
Beliau nampaknya tetap berpegang pada dakwaanya di Washington baru-baru ini bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk memancingnya melompat menyertai gerakan 16 September yang gagal.
Menjawab soalan wartawan mengenai saman berkenaan semasa sidang akhbar di Wisma Putra Jumaat, Anifah yang juga Ahli Parlimen Kimanis,Sabah memberi contoh dakwaan Aminah Abdullah iaitu calon Bebas Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Penanti bahawa beliau ditawarkan wang dan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang untuk tarik diri.
''Ini cuma pilihan raya kecil yang tidak melibatkan pembentukan kerajaan, calon Bebas ini telah ditawarkan wang dan kedudukan.
''Jadi fikir-fikirlah, jika calon Bebas dalam pilihan raya kecil ditawarkan jawatan, apatah lagi jika ia melibatkan pembentukan Kerajaan Persekutuan," katanya.
Mengenai saman RM 100 juta yang difail oleh peguam Anwar,Sankara Nair di Mahkamah Tinggi ,Kuala Lumpur Rabu ,Anifah kata,' kepentingan rakyat lebih penting daripada hal saman.”- Agendadaily 29/5/2009
No comments:
Post a Comment