Saturday, March 7, 2009

Nama Allah.....Pas jawab Pas

Nama Allah…PAS jawab PAS

Sidang Dewan Rakyat hari Khamis hangat membincangkan soal penggunaan nama Allah oleh agama lain. Semasa Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggulung perbahasan, isu kalimah Allah menyaksikan pertembungan pendapat yang ketara antara dua kumpulan dalam PAS. Kumpulan muda dalam PAS yang dilihat cukup liberal pendiriannya dan kumpulan ulama yang meletakan pensucian agama mengatasi kepentingan kepartian. Ia bermula dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Seri Gading, Datuk Mohamad Haji Aziz meminta penjelasan Zahid pihak manakah yang seharusnya membuat keputusan tentang permohonan agama lain untuk menggunakan nama Allah sama ada mahkamah sivil atau mahkamah syariah. Keduanya, beliau memberikan ingatan tentang bahaya jika nama Allah boleh digunakan oleh agama lain kerana dikhuatiri generasi muda Islam pada masa akan datang akan berpendapat dan melihat semua agama adalah sama kerana nama Allah digunakan oleh banyak agama.

TWM: Inilah masaalah bila pempin Pas yang liberal sanggup mengadai umman demi untuk meraih sokongan politik dari bukan Islam. Nampak sangat mereka ini tidak kisah apa akan berlaku bila gerakan mubaligh dan gereja kristian sedunia akan menggunakan nama Allah dalam injil mereka untuk memurtadkan orang Islam di Malaysia seperti apa yang berlaku di kalangan saudara kita di Indonesia. Saya mohon mereka ini istighfar banyak-banyak.

No comments: