Tuesday, January 12, 2010

Pelawat dari Chennai, India Yang Hilang Setelah Sampai Di Malaysia

Macam mana ni ?

Bukan seribu dua tapi mengikut anggaran bulan Jun tahun lalu sudah mencecah 39,046 orang.Itulah jumlah warganegara India terutamanya yang datang dari Chennai "hilang" di Malaysia selepas visa pelancongan mereka tamat tempoh. Masalah ini menyebabkan Jabatan Imigresen kurang berminat mengeluarkan visa waktu ketibaan kepada warganegara India kerana kemudahan itu telah disalahgunakan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu demikian dalam temu bual dengan para wartawan India yang sedang dalam rangka lawatan ke Malaysia di pejabatnya di Putrajaya Selasa.12/1/2010

No comments: